Ahad, 26 Disember 2010

gara-gara lintah, perutnya seperti mengandung akhirnya

Ini kisah biasa. Kisah seorang anak gadis di kampung pedalaman di kawasan persawahan.Tidak terjadi di zaman moden, tetapi terjadi di awal tahun 60-an. Simah adalah gadis kampung.
            Selain menguruskan soal rumahtangga, dia juga turut membantu orang tuanya bekerja di sawah. Tidak semua sawah ada lintah dan ada kerbau. Tetapi sawah tempat Simah tinggal ada lintah dan kerbau. Setiap penduduk kampung ada memelihara beberapa ekor kerbau. Begitu juga mereka mempunyai beberapa ekar sawah.
           Simah adalah seorang gadis yang periang. Dia suka menyakat kawan-kawannya, suka bermain lumpur di sawah. Kalau tidak bermain lumpur masakan dia boleh mencabut anak-anak semaian padi di tengah sawah.
         Lumpur sawah bukannya kotor. Ia bersih. Bersih bagi petani, tetapi kotor bagi mereka yang tak pernah pijak lumpur sawah. Selalunya ibu berpesan supaya berhati-hati kalau turun ke sawah.
             "sebab apa mak?"tanya Simah dalam bergurau.
            " banyak lintah,"kata ibunya.
Bagi Simah lintah hanya binatang kecil. Dia tahu bagaimana hendak jaga diri supaya tidak di gigit lintah. Dia tidak menjerit kalau ada lintah gigit kakinya. Dia sudah biasa lihat lintah. Dia tidak geli pun dengan lintah. Dia boleh pegang dan picit lintah itu dengan ibu jarinya sekuat hati. masa itu tidak timbul pun cerita orang perempuan kena ceroboh oleh lintah.
             zaman itu, orang masih leka mendodoikan lintah dengan kalimah cinta. dari mana datangnya lintah, dari sawah turun ke padi, dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati. orang tak peduli lintah adalah binatang bahaya. jangan beri peluang lintah panjat kaki orang. silap haribulan parah dibuatnya.
                 "setakat gigit sahaja tak apa, ini dia boleh masuk dalam perut kita," kata ibunya memberitahu simah.
           ketika itu simah tak dapat bayangkan, bagaimana lintah boleh masuk dalam perut seperti yang dikatakan oleh ibunya itu.
             " siapalah nak makan lintah ya?" balas simah dengan nada bergurau.
rupa-rupanya lintah macam syaitan. binatang ni sungguh bodoh, tinggal di sawah, tetapi dia pantang dipersenda. tanpa ketahuan simah, lintah yang disebut-sebut oleh bunya itu sudah masuk menyusup le dalam kainnya.dia tak rasa apa pun. ketika balik dari bendang dia sudah bersiap-siap bersihkan badan.
               bau lumpur sudah dibersuhkan dengan bau sabun yang wangi. kata ibunya, lintah boleh masuk ke dalam perut. macam nasi masuk perut. dia hancur. kalau lintah masuk dalam perut, lintah pun hancur juaga. bila sudah hancur, lintah jadi hampas, jadi najis!
                    tidak tergambar di dalam fikiran anak dara pak ju (nama kependekannya) terhadap lintah. ibunya tidak cakap terus terang. pak ju juga begitu. manalah nak cerita terus terang. zaman itu tiada sesiapa terus terang. semua cakap-cakap secara berlapik, secara yang tersurat dan tersirat.
            faham-faham sajalah. rupa-rupanya simah anak daranya itu tidak dapat menangkap cakap si ibu. simah macam si lurus bendul. siapakah yang hendak makan lintah? masuk perut matilah lintah. macam nasi yang kita makan.
             sehari dua tidak apa. bukan simah terasa keanehan. terasa juga. tetapi dia cuba menyedapkan perasaannya. tidak apa-apalah. tak akan lintah masuk dalam perut aku? selang empat hari kemudian dia rasa lain macam. tidak senang dibuatnya hendak duduk sahaja. dia cuba melakukan banyak pergarakan. buat kerja-kerja dirumah, buat itu dan buat ini bagi mencari keselesaan.
             dia rasa perutnya lain macam. dia tak tahu. perut atau isi rahim. dia tak pasti. lain macam. seperti ada sesuatu yang menganggu perutnya. hari berjalan terus. simah pergi ke sawah juga macam orang lain. tetapi kali ini dia rasa terganngu betul. ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. dia rasa perutnya lain macam. nak kata salah makan, apa yang dia makan? nak kata ada angin, dia tak makan jering atau petai, tak makan ubi keledek atau nangka.
               balik dari sawah dia tetap tak selesa. tidurnya terasa bagai diganggui perkara misteri. serba tak kena. meniarap tak jdi, terlentang tak jadi. nak tidur pun susah. beberapa hari kemudian dia tak mahu ke bendang lagi. dia kata tak sihat badan.
                     " duduklah di rumah, buat kerja-kerja sikit," pesan ibunya sebelum pergi ke sawah.
perubahan dalam diri simah tidak di ketahui oleh ibunya, begitu juga pak ju. tetapi simah ketika bercakap-cakap dengan jiran baiknya cik gaya dia beritahu sudah beberapa hari perutnya lain macam.
             " lain macam tu  macam mana?" tanya cik gaya.
             " biar aku tengok." cik gaya pun selak baju simah. dia pegang perut simah. dia sapukan minyak angin.
             " yalah, perut engkau ni kembung," kata cik gaya sambil mengurut perut kawannya. dia bubuh minyak angin banyak-banyak.
           " apa yang aku makan ya?" tanya simah kepada cik gaya.
          " tak kan kembung makan anak-anak sepat semalam tu?" cik gaya bagai mencari punca yang sebenar.
         " aku tak makan pun sepat yang dia orang tangkap tu, aku makan nasi lauk ikan masin dan gulai pegaga," beritahu simah kepad cik gaya. dari sehari ke sehari perut simah semakin membesar. betul-betul kembung. cik gaya yang menyapu minyak angin juga hairan. kembungnya makin menjadi-jadi.
              " salah makan ni," kata cik gaya jiran sebelah rumah yang rajin bertandang setiap hari.
             " aku tak makan apa pun," balas simah sambil menekan perutnya.
           " sebab engkau tak makan lah perut engkau jadi kembung," kata cik gaya. misteri perut simah kembung beberapa hari sampai ke pengetahuan ibunya. apabila ibunya memeriksa perut simah, dia sudh berprasangka buruk. bukan soal simah mengandung, mustahil simah mengandung macam itu. dalam beberapa hari perut boleh besar macam mengandung lima bulan? mujur ibunya faham. begitu juga pak ju.
                  " jangan-jangan lintah masuk ke dalam perut kamu tak?" kata ibunya sambil memikir hal yang bukan-bukan.
                " bila pulak saya makn lintah mak?" kata simah menepis kata ibunya.
              " eh......... simah, lintah tak masuk ikut perut kita, siapa nak makan lintah, macam dah tak ada makan lain dah? lintah tu tahulah macam mana nak masuk ke dalam perut kita!" kata ibunya lagi. ketika itu simah mula terfikir. kalau perut membesar nanti orang sangka mengandung. macam mana dia boleh mengandung sedangkan dia anak dara lagi.
    dia bukan maryam ibunda isa a.s.  sebelum kisah simah berperut besar macam orang mengandung pecah seluruh kampung, elok benda itu di rahsiakan dahulu. jangan bawa cerita. jangan bawa fitnah. kaji dulu habis-habis. bidan kampung di panggil. dia periksa perut simah. tak kan beberapa minggu perut boleh besar macam orang mengandung tujuh bulan?
             kalau orang jawa mereka dah buat kenduri mitoni. perut besar mesti ada sebab. ini bukan sebagaiman terjadi pada orang lain. lintah masuk  










     

   


3 ulasan:

  1. uina...
    bertenaga jua tu lintah...
    mengandung anak org ole dia..
    tpi knapa mcm x habis jk cite nie..

    BalasPadam
  2. apa yg trjadi ngan bdak tu..
    melahirkan anak lintah??

    BalasPadam